Wednesday, July 3, 2013

NOVEL VS DRAMA TEDUHAN KASIH

Drama Teduhan Kasih yang ditayangkan di slot Akasia tv3 telah memberi impak yang cukup besar kepada penonton di negara ini. Difahamkan hampir 3.2 juta penonton menonton drama ini yang bersiaran pada jam 7.00 hingga 8.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat. Drama ini telah menjadi fenomena dan penonton dilihat begitu teruja dengan watak Ehsan yang dilakonkan oleh Adi Putra. Bagi pengggemar novel ini turut merasai bahang keseronokan menonton kerana drama ini mampu menyampaikan dan menterjemahkan novel ini ke skrin dalam bentuk yang begitu menarik. 

NOVEL TEDUHAN KASIH
Novel ini berharga RM 22.00 dan pastinya berbaloi untuk anda penggemar novel. Yang menarik boleh dikatakan tentang novel ini ialah anda pasti tidak melepaskankan untuk membaca sehingga ke halaman terakhir

Pendek kata novel yang mantap dan drama yang meyakinkan pembaca dan penonton untuk sama merasai keindahan jalan ceritanya. Untuk akhirnya tahniah Marissa atas karya yang dekat di hati.

No comments:

Post a Comment