Thursday, May 21, 2009

KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN

KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN

Pendahuluan:
Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda. Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan berikut:-

Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)

2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)

3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.

4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.

5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……

6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…

7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.

8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…

9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)

11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…

12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.

13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).

14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……

15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.

16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.

17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…

18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…

19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.
Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).

20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.

21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.

Kesimpulannya:
Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.

 

Thursday, May 14, 2009

WANITA CANTIK YANG SUKA MENANGIS

Wanita Cantik yg suka Menangis...> > >Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada> > ibunya "Mengapa engkau menangis?"> >"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu> kepadanya.> >"Aku tidak mengerti", kata anak itu.> >Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak> akan pernah > mengerti"> >Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,> "Mengapa ibu suka> menangis tanpa alasan?"> >"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya> itu yang dapat dikatakan> oleh ayahnya.> >Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi> seorang laki-laki dewasa,> tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.> >Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,> > "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah> menangis?"> >> >> >Allah berfirman:> >> >"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia> > diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku> membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun,> harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"> >"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu> melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali> datang dari anak-anaknya "> >"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap> tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh> keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan> tanpa mengeluh "> >"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai> anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya> bersikap sangat menyakiti hatinya "> >"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya> dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk> suaminya untuk melindungi hatinya "> >"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui> bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti> isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan> hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"> >"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk> dititiskan.> >Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan> > bilapun ia perlukan."> >> >> >"Kau tahu:> >> >Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian> >yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau> bagaimana ia menyisir rambutnya."> "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,> kerana itulah pintu hatinya> >> >" tempat dimana cinta itu ada."> > > >Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda> > kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah> > Wanita.> > Jika Anda lakukan, Anda akan menambah> > harga diri wanita!> > Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,> > supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita> mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata> Selami lah hati wanita mu..dan ingat lah...Setiap Wanita itu> Cantik

Wednesday, May 13, 2009

LOVE???????

Came but for friendship, and took away love.
 -=Thomas Moore=-
Friendship, like love, is destroyed by long absence, though it may be increased by short intermissions.
 -=Samuel Johnson=-
Work and love–these are the basics. Without them there is neurosis.
 -= Theodor Reik=-
If you judge people, you have no time to love them.
 -=Mother Theresa=-
Treasure the love you receive above all. It will survive long after your good health has vanished.
 -=Og Mandino=-
All mankind love a lover.
-=Ralph Waldo Emerson=-
He who is in love is wise and is becoming wiser, sees newly every time he looks at the object beloved, drawing from it with his eyes and his mind those virtues it possesses.
-=Ralph Waldo Emerson=-

You must love yourself before you love another. By accepting yourself and fully being what you are, your simple presence can make others happy.
-=Jane Roberts=-

Love is the master key that opens the gates of happiness.
-= Oliver Wendell Holmes =-

Love is a fruit in season at all times, and within the reach of every hand.
-= Mother Teresa =-

Pengalaman cinta lalu yang telah jauh kita tinggalkan… sesekali lihatlah semula dan nilaikan kembali. Kerana sesungguhnya pengalaman cinta lalu umpama sebuah ensiklopedia yang sangat berharga kepada diri kita. Yang pahit jadikan pengajaran, yang manis pastikan kita sentiasa mengamalkannya dalam setiap episod cinta kita di masa hadapan.Bila cinta beraja di hati kita sanggup berkorban segalanya demi kerana CINTA. Maka maruah dan harga diri digadaikan sebagai jaminan kepada kelangsungan sebuah hubungan. Diketika itu berakhirlah satu ikatan cinta nan suci anugerah Illahi dibayangi oleh satu hubungan baru yang diwarnai dengan noda-noda dosa yang keji dan penuh dengan kepuraan semata-mata. 

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.
CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja. 

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?… Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.

Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.

Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara.