Thursday, July 4, 2013

BAGAIMANA NAK BETULKAN PRINTER CANON MP258

PRINTER YANG BANYAK BERJASA
Pening dah kepala ni dari semalam asyik betulkan printer ni je.Sudah cuba buat sendiri dengan reset semula printer guna resetter canon mp258 tapi tidak berkesan. Dah minta tolong Kak An juruteknik komputer pun tak boleh.Geram pulak rasanya buat kerja tapi tak boleh nak print pula. Nampaknya nak kena cari yang baru kot. Tapi sayang printer ni masih cantik lagi. Apa nak buat???

Wednesday, July 3, 2013

NOVEL VS DRAMA TEDUHAN KASIH

Drama Teduhan Kasih yang ditayangkan di slot Akasia tv3 telah memberi impak yang cukup besar kepada penonton di negara ini. Difahamkan hampir 3.2 juta penonton menonton drama ini yang bersiaran pada jam 7.00 hingga 8.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat. Drama ini telah menjadi fenomena dan penonton dilihat begitu teruja dengan watak Ehsan yang dilakonkan oleh Adi Putra. Bagi pengggemar novel ini turut merasai bahang keseronokan menonton kerana drama ini mampu menyampaikan dan menterjemahkan novel ini ke skrin dalam bentuk yang begitu menarik. 

NOVEL TEDUHAN KASIH
Novel ini berharga RM 22.00 dan pastinya berbaloi untuk anda penggemar novel. Yang menarik boleh dikatakan tentang novel ini ialah anda pasti tidak melepaskankan untuk membaca sehingga ke halaman terakhir

Pendek kata novel yang mantap dan drama yang meyakinkan pembaca dan penonton untuk sama merasai keindahan jalan ceritanya. Untuk akhirnya tahniah Marissa atas karya yang dekat di hati.

CABARAN BUAT IBU ZAMAN MODEN

BUAH HATI MAMA
SUP PASTA ABC AYAM KEGEMARAN MEREKA
(UMMI MASAK DI TASKA)
Zaman semakin berubah, maka cara mendidik anak-anak pada hari ini mungkin tidak sama dengan cara ibu dan bapa kita pada zaman dahulu. Bagi ibu moden seperti mama Aisyah dan Adam, tidak terkecualilah. Anak zaman sekarang terdedah dengan begitu banyak kemudahan. Maka, sebagai ibu kita perlu lebih prihatin terhadap perkembangan ini. Adam yang berusia setahun dua bulan pun sudah mengenal 'tab' malah jari kecilnya itu sudah mula pandai menyentuh skrin pada 'tab' mama. Aisyah yang berumur dua tahun 6 bulan memang pastinya lebih pandai menggunakannya. Sebagai mama mereka, aku tidak pernah mengekang sifat ingin tahu mereka ini. Namun begitu, aku cuba sedaya upaya mendorong mereka menggunakan kemudahan ini untuk perkara yang positif. Belajar menyanyi ABC, mengenal haiwan-haiwan dan melihat cerita yang menarik.
Senyuman manis dari Meor Adam Yusuf
(boboy mama)
Nur Aisyah Shafiyyah yang sentiasa aktif dan ceria
(manja mama)